May 20, 2012

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

Assalamualaikum...saya titipkan di sini apakah jenis makanan yg berfungsi sebagai pembakar lemak!!!

Herba istimewa(special herb), rempah ratus atau kafein bancuhan(caffeine concoctions seperti teh dan kopi) sering kali dianggap sebagai makanan pembakar lemak.

Makanan pembakar lemak yang terbaik adalah ia dapat mempercepatkan metabolisme anda untuk mengurangkan berat badan serta membantu anda membina otot dan kekal sihat. Metabolisme boleh menukarkan makanan yang anda makan menjadi tenaga yang anda perlukan untuk melakukan semua aktiviti yang anda lakukan.

Daripada itu, makanan pembakar lemak akan mempercepatkan metabolisme dalam badan untuk mengurangkan berat badan dan ia menghasilkan tenaga yang tinggi untuk pembakaran kalori dalam badan anda. Mari kita lihat dibawah ini:

PILIH MAKANAN IKUT KONSEP PLAN DIET

Top 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Mengurangkan Berat Badan

1.Yogurt Rendah Lemak.

Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protien dan kalsium. Ia terbukti boleh mempercepatkan metabolisme badan. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak boleh kehilangan 2 kali lebih cepat mengurangkan berat badan. Ini disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium sehari berbanding dengan orang yang kurang mendapat kalsium.

2.Omega 3 Ikan.
Ia merupakan sumber protien yang sangat baik dan juga boleh mengurangkan berat badan. Omega 3 asid lemak juga dapat membantu membakar kalori dan menurunkan selera makan.

3.Makanan Kekacang(Soy Foods).
Contohnya Edamame dan tauhu adalah makanan protien yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan anda.

4.Daging Yang Tidak Berlemak.
Lemak pada daging itik dan ayam mesti dibuang, contohnya membuang dahulu kulit pada daging sebelum dimasak. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh anda menggunakan lebih banyak kalori untuk mencerna. Hanya pastikan anda sentiasa memilih dada ayam tanpa berkulit untuk hasil yang terbaik.

5.Telur.
Telur juga merupakan sumber protien yang seimbang yang sangat baik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot anda semasa anda kehilangan berat badan.

6.Cuka.
Ia menggunakan asid untuk membantu badan anda memecahkan lemak yang berlebihan.

7.Buah-Buahan Jenis Limau.
Buah-buahan jenis limau terbukti untuk membantu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi yang membantu mengurangkan berat badan anda.

8.Cili.
Lagi pedas cili itu, lagi bagus kesannya. Ia merupakan makanan pembakar lemak yang boleh meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar kalori.

9.Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Yang Sihat.
Anda boleh rujuk Top 10 Senarai Sayur-Sayuran Yang Sihat dan Top 10 Senarai Buah-Buahan Yang Sihat. Minum bayak air juga boleh membantu membakar lemak dan menurunkan BMI anda.

10.Bijirin.
Membantu memelihara kadar insulin yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda selepas anda makan. Tetapi, pastikan ddiri anda menjauhi daripada bijirin yang telah ditapis kerana ia boleh menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi lambat dan membuatkan badan anda mula menyimpan lemak.

Rujukan;http://go-go-healthy.blogspot.com/2011/07/top-10-senarai-sayur-sayuran-yang-sihat.html

NOTA: Dengan itu jika anda ingin berdiet cara biasa amalkan lebih makanan berikut tetapi jika berdiet dengan sd2 @ alpha lipid sd2 bukan semua di atas boleh dimakan terutama waktu induksi 2 minggu pertama jadi pilihlah makanan lebih kepada seperti ikan salmon,daging tidak berlemak,telur,gabungkan cuka epal seperti yg company sarankan,masakkan hidangan anda & tambahkan cili supaya lebih pedas.


Best Regards:
~Wellness Consultant House Alpha Lipid & SD2 Club~
~Hasira / ID:186227 / HP:013-6406625~
~Emel:sirasain_homebiz@yahoo.com~

2 comments:

ummi said...

wah bestnya baca blog ni,mesti cuba amalkan makanan pembakar lemak ni....jom singgah blog ummi jga ek... :-)

Sira Sain New Image said...

terima kasih kembali ummi...cuba jgn tak cuba yer...kalau belum berhasil jom pilih alpha lipid sd2 pasti byk membantu proses penurunan berat badan!!!

 
Designed by Whitey Mommy