April 13, 2011

Adakah saya hamil???

Assalamualaikum...


Saya kongsikan artikel ini khas untuk tatapan anda yang sedang menunggu saat2 kehamilan setelah sekian lama berumahtangga...adakah sekarang aku hamil???

Jom kita baca...artikel ini yang dikombinasikan hasil beberapa bacaan dan rujukan saya di majalah juga pencarian alam maya.

Antara 10 tanda2 awal kehamilan:

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan@mengidam sesetengah makanan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda. Kebanyakkan ibu hamil mengidam beberapa jenis makanan mungkin ada juga yang pelik2 ketika saat ini.

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara@kehitaman areola anda

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanapun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.Sekitar 6-8 minggu konsepsi,anda  akan dapati diri anda lebih kerap ke bilik air.

4. Merasa tidak bermaya@berasa lesu @cepat letih

Bermula seawal minggu pertama selepas konsepsi.Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada@payudara bengkak

Boleh bermula seawal 1-2 minggu konsepsi Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.Sesetengah ibu mengandung mengalami tompokan dan juga kekejangan.

7. Rasa loya dan muntah@mabuk hamil

Antara simptom yang ditunjukkan dalam 2-8 minggu(sepanjang trimester pertama) selepas konsepsi.Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan@sakit belakang@sakit kepala

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.Sakit kepala pula disebabkan oleh hormon yang meningkat secara tiba2 dalam badan anda. Manakala sakit belakang adalah pengalaman biasa keseluruhan waktu kehamilan.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan akhirnya...


ujian kehamilan anak ke-4 saya...alhamdullilah atas rezeki yang dikurniakan!!!

~TAHNIAH JIKA ANDA MENDAPAT RESULT POSITIF~

Rujukan;
1)http://portal.alamhamil.com/
2)Majalah Mami & Baby-MAC 2008

p/s:Jika belum ada tanda2 seperti di atas dapatkan suplemen alpha lipid yang membantu memberi khasiat lengkap & kesuburan kepada anda dalam proses usaha dan ikhtiar mendapatkan cahayamata...mudah2an berhasil!!!


Best Regards:
~Wellness Consultant House Alpha Lipid & SD2 Club~
~Hasira / ID:186227 / HP:013-6406625~
~Emel:sirasain_homebiz@yahoo.com~


1 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas info yg berguna nie ...semua tanda2 tu ada pada diri saya dan saya dah buat upt kat umah n positif hamil cuma xtau bp bulan jer sbb last period bulan 7

 
Designed by Whitey Mommy