December 6, 2010

Fakta yang perlu diketahui jika bayi/anak anda pengidap G6PD!!!

Assalamualaikum...

Saya banyak mendapat pertanyaan dari blog peribadi berkenaan isu ini dan perlu ditegaskan ia bukanlah penyakit tapi disebabkan genetik dan biasanya diwarisi oleh bayi lelaki...jadi untuk info bersama saya tambahkan pencarian ilmu fakta2 yg perlu diketahui tentang G6PD???

Alhamdulillah walaupun Abg Long dah berusia 10 tahun kini dan sejak setahun lalu tidak lupa diberi suplemen ALPHA LIPID bila mengetahui kekuatan yang ada pada produk ini jadi ibu tidak ragu2 lagi untuk menambahkan kekuatan antibodi badannya...jadi saya tidak perlu risau sangat cuma PERLU MENJADI IBU YANG PRIHATIN dengan ubat2an dan juga sesetengah makanan yang perlu dielakkan....apa YANG BOLEH & TIDAK BOLEH!!!


G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
 
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

 
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi:
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis:
Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan:
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Ubat anti-malaria:
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

 
Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.



G6PD serang bayi lelaki???

Oleh Hanisah Selamat

Konsultan Kanak-kanak, Dr S Selvakumar, berkata kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit, ia adalah satu fenomena keturunan (genetik) yang kebiasaannya dialami bayi lelaki.

Beliau berkata, pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.


Katanya, walaupun dianggap perkara lumrah, ibu bapa atau penghidap G6PD perlu berwaspada tambahan pula perpecahan sel darah merah berikutan proses hemolisis yang teruk boleh membawa kepada demam kuning, anemia atau buah pinggang rosak jika tidak mendapatkan rawatan segera.


Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.


“Dari sudut penggunaan ubat, sesetengahnya boleh mengundang bahaya seperti ubat gegat atau anti malaria. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada doktor mengenai kekurangan enzim ini bagi memudahkan pemberian ubat terutama ketika bayi mereka demam atau sebagainya. Antara makanan yang perlu dijauhi pula kacang parang.


“Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.


Dianggarkan, kira-kira 10 peratus daripada populasi penduduk dunia mengalami kekurangan enzim G6PD namun sebahagian besar terdiri daripada masyarakat kulit hitam, Itali, Greek serta Asia dan uniknya ia dikenali sebagai ‘sex-linked enzyme defect’ apabila sering dihadapi bayi lelaki.


Selalunya kekurangan enzim ini diketahui sebaik saja bayi dilahirkan. Contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis bagi mengetahui jenis darah, kekurangan G6PD, tahap bilirumin dan sebagainya. Antara tanda awal, bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundis (demam kuning) yang agak lama pada hari pertama kelahiran lagi.


“Apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD biasanya dibekalkan ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian,” katanya.


Kenapa lelaki?


Ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit.

Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.


Larangan:


# kacang parang
# ubat gegat
# anti malaria
# ubat gatal
# sulfonamides
# dapsone

Serangan:


# sesak nafas
# pitam
# demam
# sakit belakang
# pening
# menggigil
# pneumonia

Tanda:

# kencing berdarah
# kuning


 
Rujukan:
1)http://dyhazol.blogspot.com/2010/11/fakta-g6pd-pada-bayi.html 2)Berita Minggu 3 September 2006


SEBAIK2 DOKTOR ADALAH DIRI ANDA SENDIRI!!!



Best Regards:
~Wellness Consultant House Alpha Lipid & SD2 Club~
~Hasira/ID:186227(013-6406625)~
~Emel:sirasain_homebiz@yahoo.com~

3 comments:

Nurul Akmal said...

dekat mana nak dapatkan rantai perubatan?

mohd Faisal said...

alpha lipid jenis mana yg sesuai untuk G6PD? dekat mana nak dapatkan rantai perubatan tu?

Sira Sain New Image said...

utk baby gunakan ALPHA LIPID LIFELINE yg serbuk...rantai perubatan rasanya perlu refer di hospital.

 
Designed by Whitey Mommy